Undang-undang syariah bakal dicabar lagi, kali ini oleh Sisters In Islam

0
145
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal,

CYBERJAYA – Selepas membuat keputusan bahawa seks luar tabii sebagai jenayah di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak mengikut Perlembagaan, Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar cabaran keabsahan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor pula.

Menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal, cabaran terhadap peruntukan itu dijangka didengar tidak lama lagi.

“Khamis lepas Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor tidak berperlembagaan dan tidak sah. Tidak lama lagi, mahkamah yang sama akan mendengar cabaran keabsahan seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor pula”, katanya memetik laporan berita PEMBELA hari ini.

Zainul Rijal yang juga Timbalan Pengerusi PEMBELA berkata, kebenaran itu telah pun diperolehi oleh SIS Forum Berhad (Sisters In Islam) dari Mahkamah Persekutuan menurut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan untuk mencabar peruntukan itu.

Beliau berkata, kes itu dijangka didengar tidak berapa lama lagi.

Pada tahun yang lalu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada Sisters In Islam memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar satu peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengkaji semula fatwa dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri itu.

Sisters In Islam memohon kebenaran itu untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagai tidak sah.

Ia berikutan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Seksyen 66A menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, menggunakan bidang kuasanya untuk mendengar dan membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah Enakmen ini.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan pada 11 Mac 2021 untuk mendengar saman minta arahan di dalam kes tersebut dan kemudiannya akan menetapkan tarikh pendengaran perbicaraan.

Pada 14 Januri lalu Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof telah membenarkan MAIS mencelah di dalam kes tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here