United berpesta gol belasah Southamton 9-0

0
111
Cavani turut menjaringkan gol menentang Southamton

MANCHESTER – Manchester United berpesta gol di Old Trafford awal pagi ini apabila membelasah Southamton 9-0.

Kemenangan calon juara EPL itu sekali gus menyamai rekod jaringan terbesar dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Anak buah Ole Gunnar Solskjear bermula cemerlang pada babak pertama apabila berjaya menjaringkan empat gol.

Nasib malang Southamton bermula apabila pemain tengah mereka, Alexandre Jankewits dibuang padang seawal minit kedua.

United menambah lima lagi gol pada babak kedua sekali gus menyamai rekod kemenangan 9-0 Leicester ke atas Southampton pada 2019 dan rekod mereka sendiri, mengatasi Ipswich 9-0 pada 1995.

Aaron Wan-Bissaka membuka jaringan buat United dan Marcus Rashford menambah gol kedua United.

Jaringan sendiri Jan Bednarek menjadikan kedudukan 3-0 buat tuan rumah sebelum Edinson Cavani menambah gol keempat.

Red Devils menambah tiga lagi gol selepas Bednarek dibuang padang pada minit ke-86.

Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87 manakala Anthony Martial dan Scott McTominay masing-masing meledak gol pada waktu kecederaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here