Ustaz Ebit Lew dihalang masuk ke pulau di Semporna, berdepan denda dan penjara

0
978


Ustaz Ebit Lew ketika mengislam penduduk di Semporna, Sabah

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tidak lagi dibenarkan masuk ke pulau-pulau di sekitar Semporna, Sabah.

Beliau juga diminta untuk menghentikan segala bantuan kepada penduduk di kawasan berkenaan atau berdepan denda atau penjara.

Ebit dalam Facebooknya berkata, segala perancangan termasuk pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan.

“Saya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. 

“Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda RM100,000  atau penjara selama tiga tahun. 

Ustaz Ebit Lew sedih bila terpaksa hentikan bantuan

“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun, Ebit tidak memaklumkan secara lebih lanjut berkenaan arahan berkenaan termasuk dikeluarkan oleh siapa.

Menurut Ebit, segala persiapan pembinaan sekolah sudah siap termasuk dengan tujuh orang guru untuk mengajar.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul tujuh orang guru. Semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf ya ustaz ustazah semua.


“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah.

Proses membina sekolah yang bermula semalam terpaksa dihentikan

“Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.

“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji.

“Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here