Vaksin: Jarum berbeza elak pencemaran silang

0
81
Penggunaan jarum berbeza ketika sesi suntikan vaksin kepada Perdana Menteri semalam

CYBERJAYA – Penggunaan warna jarum yang berbeza semasa suntikan vaksin Covid-19 adalah untuk mengelakkan berlakunya pencemaran silang.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan berkata, perbezaan warna jarum adalah menunjukkan saiz lubang jarum yang berbeza.

“Semasa menyedut vaksin dari botol, ia memerlukan jarum lebih besar iaitu warna biru bagi memastikan proses pengekstrakan berjalan lancar.

“Penggunaan jarum bersaiz lebih kecil iaitu merah atau jingga adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan kesan lebam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, apa yang penting ialah kandungan vaksin diambil dari botol dan diberikan kepada pesakit tidak akan berubah.

Semalam berlaku perdebatan warganet selepas sesi suntikan vaksin terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan jarum warna yang berbeza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here