[VIDEO] Enam kenderaan diletak di kawasan parkir musnah dalam kebakaran

0
405

KUALA LUMPUR – Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di Pantai Dalam gempar apabila sebuah van yang diletakkan di tempat parkir perumahan tersebut, terbakar.

Kebakaran yang belaku pada kira-kira pukul 12.30 tengahari itu turut memusnahkan lima kenderaan yang lain.

Enam kenderaan diletak di kawasan parkir musnah dalam kebakaran

Menurut pihak Bomba dan Penyelamat, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 12.46 tengah hari sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai serta Seputeh dikejarkan ke lokasi.

Kata Komander Operasi Kanan Sharul Azwan Ibnu Sahad, tindakan pemadaman kemudiannya berjaya dilaksanakan oleh oleh 21 anggota.

“Sebuah van jenis Mitsubishi Delica dan kereta Perodua Myvi musnah terbakar 100 peratus.

“Manakala Perodua Bezza terbakar 80 peratus, Toyota Vios terbakar 40 peratus, Perodua Kelisa dan Myvi masing-masing terbakar 20 peratus,” kata Sharul Azwan dalam satu kenyataan. hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.59 tengah hari.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here