[VIDEO] Hospital tentera di Terendak, Melaka terima bekalan vaksin

0
84
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka, sudah menerima bekalan vaksin Covid-19 bagi diagihkan kepada anggota yang layak.

Menurut Pegawai Memerintah 94 HAT, Brig. Jen. Dr. Muhamed Hatta Manis, penghantaran pertama sebanyak 390 bebuli vaksin keluaran Pfizer itu adalah mencukupi bagi kegunaan 1,170 anggota tentera.

Hospital tentera di Terendak. Melaka terima bekalan vaksin

“Setiap bebuli yang diterima mengandungi 6 dos vaksin, jadi secara keseluruhannya kita sudah menerima sebanyak 2,340 dos.

“Vaksin ini akan diagihkan kepada para frontliner melibatkan kakitangan kesihatan, dan anggota tentera yang bertugas di sekitar Kem Terendak, Melaka iaitu 3 Divisyen, 10 Briged Para dan Grup Gerak Khas (GGK),” kata Dr. Muhammed Hatta dalam satu kenyataan, siang tadi.

Beliau menambah, vaksin tersebut telah dibawa daripada Hospital Besar Melaka menggunakan perkhidmatan van DHL dengan diiringi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Polis Tentera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here