[VIDEO] Malakat Mall borong nanas Moris dari Johor, bagi percuma kepada pelanggan yang datang

0
367
ADZHAR MOHD. NOOR

CYBERJAYA – Prihatin dengan nasib menimpa peniaga nanas jenis Moris di Johor yang tular dalam media sosial baru-baru ini, Malakat Mall mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan memborong buah tersebut untuk dibawa ke sini.

Lebih menarik, buah nanas itu bukan dibeli untuk dijual tetapi Malakat Mall memberi secara percuma kepada pelanggan yang berbelanja di pusat beli belah itu, hari ini.

Malakat Mall borong nanas Moris Johor, bagi percuma kepada pelanggan yang datang

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (GCOO), CF Global Ventures Sdn. Bhd., Adzhar Mohd. Noor berkata, nanas tersebut turut diedarkan secara percuma kepada semua pelanggannya yang membeli belah di pasar raya Malakat Grocer di Taman Putra Perdana, Puchong dan dua lokasi di Ampang iaitu di Taman Kosas dan Pandan Mewah.

“Dalam minggu lepas, kita ada dapat siaran daripada Facebook yang mengatakan lambakan nanas Moris di Johor yang tidak dapat dijual akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyebabkan peladang di sana mengalami kerugian beribu ringgit.”

ADZHAR MOHD. NOOR

“Jadi, kumpulan Malakat hantar lori dan beli nanas di Johor bagi membantu mereka,” kata Adzhar, hari ini.

Beliau berkata, kumpulan Malakat berasa terpanggil untuk membantu golongan tersebut.

“Kita boleh jual nanas yang kita beli dengan murah ini, namun tidak adil sekiranya kami mengambil untung di atas kesusahan orang lain.

“Jadi, lebih layak sekiranya nanas tersebut dikongsikan bersama pelanggan yang datang membeli belah di outlet kami,” katanya.

Pada 15 Februari lalu, Malakat Tribune memaparkan masalah lambakan nanas di beberapa lokasi di Johor berikutan kekurangan permintaan daripada pelanggan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here