[VIDEO] Tentera British guna dron mini di Mali

0
172

CYBERJAYA – Tentera British di Mali kini dlaporkan sedang mengoperasikan dron yang turut boleh dilancarkan menggunakan pelancar grenad 40mm.

Anggota tentera British tersebut terlibat sebagai pasukan sokongan dalam Misi Stabilisasi Multidimensi Bersepadu (MINUSMA) anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di negara tersebut.

Selain dilancarkan menggunakan pelancar grenad, ia turut boleh dilancarkan dengan tangan.

Drone40 itu yang dihasilkan oleh firma pertahanan Australia, DefendTex, mampu membawa muatan ringan seperti video kamera elektro-optikal, penunjuk laser bagi penetapan sasaran dan bahan letupan kecil.

Dron seberat 180 gram (g) itu mampu terbang selama sehingga satu jam, dan mencapai jarak sehingga 20 kilometer (km).

Dron itu juga mempunyai keupayaan untuk beroperasi dalam formasi kawanan sekiranya diperlukan.

Sekiranya dipasang dengan kamera, Drone40 boleh digunakan semula pada masa akan datang.

Bagi kegunaan di Mali, difahamkan tentera British hanya akan menggunakan dron tersebut bagi tujuan pemantauan jarak jauh sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here