Wanita Indonesia murtad rakam permohonan maaf

0
1776
Pasangan lelaki India dan warga Indonesia dalam tangkap layar video yang tular baru-baru ini.

CYBERJAYA – Wanita dipercayai warga Indonesia yang mengaku dimurtadkan selepas berkahwin dengan seorang lelaki India warga tempatan tampil meminta maaf selepas video rakaman mereka tular kelmarin.

Di dalam petikan video berasingan, wanita itu mahu rakyat Malaysia memaafkan kesalahan dia dan suami, sekiranya tindakan mereka membuat pengakuan murtad itu menyalahi undang-undang.

“Demi tuhan kita takkan buat apa lagi, kepada Menteri-Menteri, kepada seluruh rakyat Malaysia bagilah kesempatan aku dan suami minta maaf. Kalau aku sama suami ada salah, maafkan.

“Tolong maafkan suami saya. Kami ada anak kecil, tolonglah. Bersujud di kaki kalian semua pun tak ada masalah.

“Anak saya masih kecil, masih memerlukan ayah. Mungkin jika semua orang dah maafkan, kita janji kita takkan buat video tentang agama semua itu,” rayu wanita itu.

Video permohonan maaf tersebut dipercayai dirakam selepas serbuan polis di Perjiranan Dato Onn, Johor Bahru, pada malam Khamis lalu susulan video berdurasi 3 minit 30 saat yang dirakam pasangan berkenaan.

Dalam video berbahasa Tamil itu, lelaki India berusia 29 tahun itu menceritakan bagaimana dia ‘memperdaya’ isterinya di Indonesia dengan memeluk Islam dan kembali kepada agama Hindu selepas pulang ke Malaysia.

Dalam video itu, lelaki berkenaan bukan sahaja menghina malah turut berkongsi cara bagaimana memurtadkan wanita Islam yang dikatakan lebih mudah dilakukan di luar negara sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

“Saya cakap Tamil supaya orang Melayu tidak faham. saya kahwin seorang wanita Islam. Saya telah murtadkannya ke Hindu walaupun ia bukan kerja yang senang.

“Orang tanya saya macamana nak murtadkan wanita Islam, saya kata bawa sahaja mereka dan murtadkan di Indonesia, Singapura atau India,” katanya yang juga mengaku menerima banyak panggilan daripada orang Melayu yang mahu murtad ke agama Hindu.

,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here