Wilayah Hai Duong dikenakan lockdown 15 hari

0
26

HANOI, Vietnam – Seramai 2 juta penduduk wilayah Hai Duong, dikenakan perintah lockdown mulai esok berikutan penularan baharu Covid-19 di wilayah tersebut.

AFP melaporkan, tempoh lockdown tersebut adalah selama 15 hari.

“Para penduduk (Hai Duong) perlu duduk di rumah sahaja dan hanya keluar bila perlu, sebagai contoh bagi membeli bekalan makanan dan ubatan, ataupun pergi bekerja di sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja,” kata lidah rasmi Kementerian Kesihatan Vietnam, portal Suc Khoe Doi Song.

Sebarang perhimpunan melebihi 2 individu adalah dilarang, manakala sekolah, bar, restoren dan pusat karaoke yang sebelum ini ditutup berikutan sambutan cuti tahun baharu Cina akan terus berhenti beroperasi.

Sejak hujung Januari, Vietnam telah merekodkan sebanyak 637 kes penularan tempatan, dengan 461 daripadanya dilaporkan di wilayah Hai Duong sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here