YADIM mahu tangani isu akidah dengan dakwah, pendidikan dan kesedaran

0
77
Seorang lelaki India beragama Hindu baru-baru ini mengaku memurtadkan isterinya yang beragama Islam

CYBERJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menggerakkan secara lebih aktif lagi usaha dakwah bagi memastikan isu berkaitan akidah umat Islam di negara ini difahami dan tidak diperkotak katikkan.

Menurut badan dakwah itu dalam satu kenyataan hari ini, beberapa kes murtad yang tular dalam negara sejak beberapa hari lalu perlu ditangani sebaik mungkin, bukan sahaja menerusi undang-undang malah menerusi pendidikan dan kesedaran.

“YADIM juga sedar dan faham tentang keluh kesah masyarakat apabila isu ini timbul. Ia bukan sekadar tentang pemahaman akidah yang menjadi asas seseorang Muslim tetapi juga isu pemahaman perlembagaan yang menjadi asas seseorang menjadi warganegara Malaysia.

“Sememangnya tindakan undang undang dan penguatkuasaan amat penting, namun aspek
pendidikan, kesedaran dan keprihatinan perlu dititik-beratkan bagi kestabilan jangka panjang,” katanya.

Kelmarin tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki berbangsa India mengaku memurtadkan wanita Islam menggunakan laman sosial Facebook.

Video tersebut yang dirakam dalam bahasa Tamil bagaimanapun turut mempunyai sari kata berbahasa Melayu.

Lelaki tersebut mendakwa untuk memurtadkan wanita Islam amat mudah dengan hanya perlu ke negara jiran.

Sehubungan itu, katanya, YADIM akan mengerakkan jentera dalaman di peringkat pusat dan negeri bagi mempergiat usaha
tersebut.

Katanya, gerakan itu akan diperkasakan lagi dengan penglibatan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terutamanya 280 NGO Islam utama yang bernaung dalam Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here