1,063 kes baharu terendah pada tahun ini-KP Kesihatan

0
76
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

CYBERJAYA – Perkembangan semasa penularan Covid-9 di Malaysia mula menunjukkan keberkesanan dalam usaha menanganinya apabila kes baharu terendah dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,063 kes baharu Covid-19 dicatatkan iaitu yang terendah pernah direkodkan sejak Januari lalu.

Dr, Noor Hisham berkata, pertambahan kes baharu Covid-19 di Malaysia pada hari ini hanya membabitkan tiga buah negeri yang mencatatkan kes tiga angka.

“Tiga negeri berkenaan ialah Selangor dengan 323 kes, diikuti Sarawak dengan 183 kes 175 kes di Pulau Pinang.

“Selain itu, Putrajaya dan Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya dalam ciapan di laman Twitternya hari ini.

Bagi negeri lain yang mencatatkan kes baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata, Johor melaporkan 91 kes baharu, Kuala Lumpur (86); Kelantan (67); Kedah (32); Perak (24); Terengganu (23) dan Negeri Sembilan (17).

“Pahang pula mencatatkan dua kes baharu, manakala Melaka dan Labuan masing-masing satu kes baharu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here