1,116 kes baharu dilaporkan hari ini

0
53

CYBERJAYA –  Sebanyak 1,116 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah sebanyak 334,156 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, baki sebanyak 1,108 kes adalah penularan tempatan dan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 setakat ini ialah 14,134 kes.

“Terdapat lima kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,238 kes.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,495 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 318,784 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, terdapat 156 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 60 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here