1,186 kes kematian akibat Covid-19

0
42
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sehingga kini, sebanyak 1,186 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Malaysia dengan yang terbaharu sembilan kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada hari ini juga, sebanyak 1,280 kes baharu dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 316,269 kes.

Daripada jumlah itu katanya, terdapat sebanyak dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah sebanyak 18,704 kes.

“Mengenai penularan jangkitan Covid-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 464 kes, diikuti Johor (165) dan Sarawak (163),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 2,345 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 296,379 kes.

“Setakat ini, 155 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 76 orang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here