1,219 kes baharu Covid-19

0
47
TAN SRI DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Sebanyak 1,219 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini sekaligus menjadikan  kumulatif kes di Malaysia ialah 327,253 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu membabitkan sebanyak 1,212 kes penularan tempatan dan selebihnya adalah kes import.

Beliau berkata, hari ini kes sembuh mengatasi kes baharu dengan 1,346 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes berjaya dirawat setakat ini adalah sebanyak 310,958 kes.

“Berdasarkan laporan yang diterima, Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 499 kes, diikuti Sarawak (225), Johor (169), Pulau Pinang (69) dan Kuala Lumpur (54).

“Pahang, Labuan, Putrajaya dan Perlis mencatatkan satu angka kes baharu hari ini, manakala negeri lain merekodkan dua angka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 154 pesakit masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 64 pesakit masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dua kematian direkodkan membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,220 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here