1,482 kes baharu hari ini dengan tujuh kematian direkodkan

0
62
Statistik harian Covid-19 Kementerian Kesihatan

CYBERJAYA- Kes harian positif Covid-19 meningkat hari ini kepada 1,482 kes, menjadikan keseluruhan kes di Malaysia ialah 345,500 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh yang direkodkan pula ialah sebanyak 1,070 kes.

“Sebanyak tujuh kematian dicatatkan menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 1,267

“Sebanyak 164 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 661 kes diikuti Pulau Pinang (200) dan Sarawak (176).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here