16 pasukan berentap dalam Pertandingan Bahas Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2021

0
177
Aksi separuh akhir Pertandingan Bahas Piala Pusingan YGMB di H-Elite Hotel di Kota Bharu , Kelantan.

KOTA BHARU – Sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada 64 warga pendidik mengambil tempat dalam Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Peringkat Kebangsaan 2021.

Ketua Projek Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2021, Mohd. Fadzly Saidin berkata, pertandingan berkenaan telah bermula sejak 16 hingga 19 Mac bagi peringkat saringan.

Beliau berkata, bagi peringkat saringan, semua pasukan telah bertanding secara dalam talian dan sebanyak empat pasukan telah layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan di H-Elite Hotel di Kota Bharu, Kelantan.

Aksi separuh akhir Pertandingan Bahas Piala Pusingan YGMB di H-Elite Hotel di Kota Bharu , Kelantan.

“Peringkat separuh akhir telah berlangsung hari ini secara bersemuka melibatkan pasukan dari Pahang, Perak, Selangor dan juga Sabah. Dua pasukan akan layak ke peringkat akhir pada 28 Mac ini yang diadakan di Hotel Perdana.

“Pertandingan akhir akan diadakan pada tarikh tersebut bersempena dengan perasmian Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu 2021. Pertandingan bertaraf peringkat kebangsaan ini dijalankan dalam bahasa Melayu,” katanya.

Aksi separuh akhir Pertandingan Bahas Piala Pusingan YGMB di H-Elite Hotel di Kota Bharu , Kelantan.

Menurut Mohd Fadzly, Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2021 yang melibatkan warga pendidik yang terdiri daripada guru dan pensyarah itu diadili oleh 18 juri profesional yang diketui oleh Dr. Rusdi Mat Nor.

Selain itu katanya, pertandingan perbahasan berkenaan merupakan aktiviti utama bagi mengetengahkan dan mengilap bakat dan potensi guru dalam melontarkan idea yang bernas secara profesional.

“Pertandingan ini dianjurkan semula pada tahun ini dengan konsep yang bersesuaian dengan peredaran masa terkini dalam dunia pendidikan. Kali terakhir pertandingan seumpama ini diadakan ialah pada 2008.

Para juri Pertandingan Bahas Piala Pusingan YGMB di H-Elite Hotel di Kota Bharu , Kelantan.

“Terima kasih juga kepada YGMB yang tampil menjadi penaja utama pertandingan kali ini sekaligus membantu untuk menonjolkan lagi barat para guru yang tidak terhad dalam bilik darjah semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu katanya, johan pertandingan bahas itu akan membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, wang tunai RM5,000, trofi dan keahlian YGMB secara selama setahun. Tempat kedua wang tunai RM4,000 dan trofi.

Aksi separuh akhir Pertandingan Bahas Piala Pusingan YGMB di H-Elite Hotel di Kota Bharu , Kelantan.

Tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta trofi dan tempat keempat wang tunai RM2,000 beserta trofi. Pembahas terbaik pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here