16 tan dadah bernilai RM5.2 bilion milik kartel antarabangsa berjaya dirampas

0
936
Abdul Latif (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang berjaya dirampas

NILAI – Satu kartel pengedaran dadah antarabangsa terbesar berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas menemui sebanyak 94.8 juta biji pil captagon yang disyaki mengandungi dadah jenis Aamphetamine di Pelabuhan Klang, Selangor.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Abdul Latiff Abdul Kadir berkata, dadah seberat 16 tan itu yang dianggarkan bernilai RM5.2 bilion dijumpai disorokkan di dalam tayar troli.

“Siasatan awal mendapati kontena-kontena tersebut tiba dari sebuah negara di Timur Tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.

“Rampasan 16 tan pil captagon yang dianggarkan bernilai RM5.2 billion pada tahun ini merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah direkodkan oleh JKDM setakat ini.

Sebahagian dadah yang dirampas

“Untuk rekod sepanjang tahun 2018, JKDM telah merampas sebanyak 3.35 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM160 juta, manakala bagi tahun 2019, JKDM telah merampas sebanyak 4.75 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM790 juta dan pada tahun 2020, JKDM telah merampas sebanyak 2.86 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM117 juta,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Abdul Latif berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan rampasan itu dianggap sebagai satu kejayaan terbesar dalam memerangi kartel dadah antarabangsa.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai digesa untuk membantu pihak JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” ujarnya-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here