166,363 individu telah divaksin – KP Kesihatan

0
31
Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 25,271 individu divaksin

CYBERJAYA – Sehingga semalam, sebanyak 166,363 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 25,271 individu.

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

“Pahang mencatatkan jumlah kedua tertinggi iaitu sebanyak 15,521 individu divaksin, diikuti Selangor (15,357); Johor (13,746); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13,681); Sabah (13,474); Kelantan (13,149); dan Perak 12,952 individu.

“Negeri yang mencatatkan jumlah bawah 10,000 pula termasuk Kedah iaitu 9,358 individu, diikuti Terengganu (9,081); Pulau Pinang (6,487) dan Negeri Sembilan 5,981 individu.

Statistik laporan harian pemberian vaksin dos pertama

“Lain-lain negeri masih mencatatkan jumlah di bawah 5,000 orang iaitu Melaka sebanyak 4,411; Perlis (3,062); Wilayah Persekutuan Putrajaya (92,573); dan Wilayah Persekutuan Labuan 2,259 individu,” katanya dalam ciapan di Twitternya hari ini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, setakat pukul 8 pagi hari ini, sebanyak 4.2 juta rakyat telah berdaftar sebagai penerima vaksin berbanding 3.8 juta orang, semalam.

PICK 2021 mula dilancarkan pada 24 Februari lalu yang menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here