2,063 kes positif baharu hari ini

0
34
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah.

CYBERJAYA –  Sebanyak 2,063 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia kini mencecah 307,943 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,054 merupakan kes penularan tempatan.

“Sembilan lagi kes baharu melibatkan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 23,161 kes.

“Selain itu, terdapat 2,922 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 283,629 kes.

“Terdapat lima kes kematian baharu hari ini, ia menjadikan sebanyak 1,153 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Selain itu katanya, ketika ini, sebanyak 193 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 99 kes memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here