2,506 kes sembuh hari ini

0
55
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Terdapat sebanyak 2,506 kes sembuh hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 291,958 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula ialah sebanyak 1,683 kes dengan kumulatif 313,460 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 10 kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,673 kes penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 20,333 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, terdapat tiga kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,169 kes kematian Covid-19 di negara ini.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 174 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here