305 ditahan kerana ingkar SOP

0
33
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA- Sebanyak 305 individu ditahan atas pelbagai kesalahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu, 296 dikenakan kompaun, lapan direman dan seorang dijamin.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan serta tidak memakai pelitup muka.

“Bagi kedua-dua kesalahan itu masing-masing mencatatkan 100 dan 80 kes. Turut dikesan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (48), tiada penjarakan fizikal (40) dan aktiviti pusat hiburan (17).

“Kesalahan lain melibatkan premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (5), keluar rumah tanpa alasan munasabah (3) dan lain-lain (12),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan, Op Benteng semalam berjaya menahan 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah kenderaan darat.

Katanya, dalam operasi tersebut, pihak berkuasa turut mengesan 129 buah bot dan kapal di perairan negara melalui lima operasi penglihatan.

“Selain itu, seramai 14 orang PATI turut diusir menerusi dua operasi pengusiran,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here