31 warga PDRM terlibat Macau Scam akan dihukum setimpal

0
27
Abdul Hamid Bador

IPOH – Sebanyak 31 warga Polis Diraja Malaysia yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian yang aktif di negara ini akan dikenakan hukuman yang setimpal.

Proses penghukuman mereka kini sedang dibawa ke pihak Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, hari ini.

Beliau berkata, mereka sebelum ini disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam didalangi oleh Addy Kanna dan Goh Yeong atau Alvin Goh.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melengkapkan siasatan dan diserahkan kepada SPP yang dipengerusikan Yang Berhormat Menteri iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Ini kerana kesalahan itu kami anggpa sesuatu yang sangat serius atas kepentingan orang ramai. Jadi saya sebagai ketua polis telah mengambil tindakan dengan membawanya ke peringkat atasan untuk diadili,” katanya.

Abdul Hamid berkata demikian pada sidang media Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Hulu Kinta di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here