33 kakitangan dan keluarga Kedutaan Korea Utara berlepas tinggalkan Malaysia

0
255

Kakitangan Kedutaan Korea Utara berkumpul sebelum berlepas di KLIA hari ini

SEPANG – Sebanyak 33 kakitangan dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara berlepas pulang ke negara mereka pada petang ini dengan menaiki pesawat Shanghai Airline FM0086.

Pesawat berkenaan berlepas pada pukul 4.10 petang tadi dan akan transit terlebih dahulu di Pudung, China sebelum menyambung perjalanan seperti dijadualkan ke Pyonyang.

Kumpulan berkenaan terlebih dahulu tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.45 pagi dengan menaiki bas sewa khas dari Bukit Damansara.

Warga Korea Utara itu yang diketuai Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song itu mendaftar di kaunter masuk kira-kira pukul 2.15 petang sebelum di bawa ke bilik khas di aras 5 KLIA.

Pada Jumaat lalu, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan negara ini.

Ia susulan keputusan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan Malaysia mengekstradisi seorang warganegaranya ke Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here