4.68 juta rakyat Malaysia sudah daftar untuk divaksin

0
60
Datuk Seri Dr Adham Baba

CYBERJAYA – Sebanyak 4.68 juta rakyat Malaysia telah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19, setakat hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, negeri yang paling tinggi mendaftar adalah Selangor dengan sejumlah 1.5 juta pendaftaran.

“Ia diikuti oleh Kuala Lumpur dengan sejumlah 372,974 pendaftaran dan negeri Kedah di tempat ketiga dengan 267,452 pendaftaran.

“Bagi penerimaan vaksin pula, Sarawak menjadi negeri tertinggi penerima dengan sejumlah 27,500 orang, diikuti oleh Selangor dengan 19,251 dan Kuala Lumpur dengan 16,887 penerima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, hari ini merupakan hari ke-16 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sejak dilaksanakan di Malaysia.

Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima pertama vaksin Covid-19 bersama beberapa orang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya.

Turut menerima vaksi Covid-19 pada hari tersebut ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here