40 lagi peluang pekerjaan di Malakat Mall Masjid Tanah

0
582
Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Malakat Food Sdn Bhd hari ini mengumumkan 40 lagi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di daerah ini untuk menyertai ‘keluarga’ Malakat Mall Masjid Tanah (MMMT) yang dibuka semalam.

Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Aziz Juhari berkata, peluang pekerjaan dan keusahawanan itu dibuka kepada mereka yang berminat untuk bekerja dalam bahagian perniagaan makanan dan minuman (F&B).

Melalui tawaran itu, pihaknya menawarkan gaji minimum RM1,500 sebulan.

Abdul Aziz Juhari

“Kami buka 40 lagi kekosongan. Mereka yang berminat boleh menghubungi pihak pengurusan MMMT dengan segera.

“Peluang ini bukan sekadar kerja kosong tetapi kami menyediakan latihan kemahiran dan pembangunan untuk melatih anak-anak muda dalam bidang keusahawanan,’’ katanya. 

Abdul Aziz berkata, mereka yang terpilih akan dihantar mengikuti program latihan operasi dan keusahawan di Malakat Mall Cyberjaya.

Antara kakitangan pertama yang mengikuti latihan di outlet Bunch-Oh, Cyberjaya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari kedua operasi MMMT yang dibuka semalam.

Majlis pra pelancaran semalam disempurnakan Mohd. Fadzil bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here