5 warga Thailand dicekup bersama 355.5 kg daun ketum

0
105
Daun Ketum-Gambar hiasan

PADANG TERAP- Lima lelaki warga Thailand diberkas ketika cuba menyeludup keluar 355.5 kilogram (kg) daum ketum pada Jumaat lalu di sempadan Malaysia -Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia memaklumkan, tangkapan dilakukan anggota tentera dalam Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Pada pukul 4.45 petang, anggota bertugas melihat beberapa individu berjalan di laluan permatang pada jarak kira-kira 150 meter dari lokasi pasukan serang dan tangkap (Serkap).

“Hasil pemerhatian lanjut mendapati berlaku aktiviti mencurigakan di laluan permatang tersebut pada pukul 10 malam sebelum serbuan dilakukan setengah jam kemudian.

“Dalam serbuan awal, tiga lelaki Thailand ditahan dan hasil penjejakan, Pasukan Penjejak Tempur (CTT) menahan dua lagi yang bersembunyi kira-kira 30 meter dari lokasi serbuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kesemua daun ketum itu dimasukkan ke dalam 11 guni yang dibawa lima lelaki berkenaan.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM10,681 melibatkan daun ketum dan wang tunai Thailand berjumlah 120 baht (RM16). Semua yang ditahan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap untuk tindakan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here