6 negeri banyak kes Covid-19 dikekalkan status PKPB

0
203
Suasana di sekitar Kuala Lumpur yang lengang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CYBERJAYA – Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak terus kekal berikutan trend kes Covid-19 yang meningkat di negeri-negeri itu.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri-negeri lain pula kekal status Perintah Kawalan Pergerakan Pemilihan (PKPP).

“Pengekalan status PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini akan berkuat kuasa bermula 1 April sehingga 14 April ini
kecuali Sarawak yang bermula hari ini sehingga 12 April ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, meskipun terdapat penurunan kes sejak akhir-akhir ini, kerajaan masih tidak membenarkan perjalanan rentas negeri.

Ismail Sabri Yaakob

Katanya, bagaimanapun pengecualian diberikan bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep green travel bubble dengan menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.

Bagi perjalanan rentas daerah pula, katanya, ia dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here