80,336 individu telah divaksin di Malaysia

0
45
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 80,336 individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang pertama dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Berdasarkan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak mencatatkan bilangan tertinggi dengan 13,692 penerima suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur dengan 8,505 individu diikuti Perak (7,757) dan Kelantan (7,725).

“Selain itu, Pahang merekodkan jumlah suntikan sebanyak 7,415 diikuti Johor (6,454), Terengganu (4,566), Selangor (4,276) dan Kedah (4,388).

“Jumlah penerima suntikan bagi Negeri Sembilan ialah seramai 3,101 orang, selain Pulau Pinang (2,914), Melaka (2,752), Sabah (1,898), Labuan (1,789), Perlis (1,598) dan Putrajaya (1,507),” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Pada Rabu minggu lalu, kerajaan telah memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama yang menerima suntikan tersebut.

Untuk permulaan Malaysia menggunakan vaksin jenis Pfizer BioNTech.

Semalam, kelompok ketiga vaksin Pfizer yang dihantar menerusi penerbangan dari kilang di Belgium, selamat tiba di tanah air bagi menampung bekalan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang kali ini meliputi 138,060 dos.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here