Anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang, Perak terima vaksin

0
73
Anggota Maritim Malaysia menerima suntikan vaksin Covid-19 di Lumut, Perak, semalam.

GEORGETOWN – Seramai 132 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 semalam.

Suntikan tersebut merupakan sebahagian daripada Program Imunisasi yang dijangka akan berlangsung sehingga 20 Mac 2021 melibatkan kira-kira 207 orang anggota bermula semalam.

Bagi Maritim Negeri Pulau Pinang, suntikan vaksin dilakukan di dua lokaliti iaitu Klinik Kesihatan Sungai Dua Timur Laut serta Klinik Kesihatan Jalan Perak.

Sementara itu di Lumut, Perak semalam, program yang sama melibatkan kira-kira 200 anggota turut bermula dengan kumpulan 25 anggota pertama yang menerima vaksin.

Kesemua penerima vaksin telah dipantau oleh petugas kesihatan selama 30 minit selepas menerima suntikan bagi memastikan tiada sebarang kesan sampingan ke atas mereka.

Maritim Malaysia menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutamanya komuniti maritim untuk sama–sama mendaftarkan diri bagi pengambilan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera serta mengambil bahagian di dalam program Imunisasi Covid-19 kebangsaan sebagai usaha meningkatkan imuniti kelompok dalam masyarakat.

Anggota Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here