Angka kes baharu kembali melebihi angka kes sembuh

0
70
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 kembali melebihi angka kes sembuh, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 1,302 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, dengan 1,293 daripada kes tersebut merupakan kes penularan tempatan manakala selebihnya adalah kes import.

Bagi pecahan kes mengikut negeri, Sarawak melaporkan bilangan kes tertinggi dengan 426 kes, diikuti Selangor dengan 256 kes, dan Pulau Pinang dengan 212 kes.

Pertambahan kes ini menjadikan angka keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 341,944 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,127 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 326,309 kes.

Setakat ini, masih terdapat sebanyak 14,380 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 169 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 4 kes kematian akibat pandemik ini dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 1,255 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here