Arab Saudi ‘wajibkan’ pengambilan vaksin Covid-19 untuk tunaikan ibadat haji

0
53
Gambar hiasan

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi hanya akan membenarkan mereka yang mengambil vaksin Covid-19 untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

Menurut Menteri Kesihatannya, Tawfiq al-Rabiah, penerimaan vaksin itu adalah syarat utama kepada seluruh jemaah haji yang berhasrat menunaikan rukun Islam kelima itu pada Julai ini.

Bagaimanapun, memetik laporan akhbar tempatan di Arab Saudi, Tawfiq tidak menjelaskan sama ada kebenaran akan diberikan kepada jemaah yang datang dari negara lain untuk menunaikan ibadah tersebut.

Setiap tahun kira-kira 2.5 juta umat Islam akan datang ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah tersebut bagaimanapun ketika pandemik Covid-19 mula melanda dunia pada tahun lalu, Arab Saudi menghadkan bilangan jemaah yang boleh hadir.

Hanya mereka yang terpilih dan berusia antara 20 hingga 50 tahun sahaja dibenarkan untuk menunaikan ibadah tersebut pada musim haji lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here