AstaZeneca nafi vaksin mengandungi bahan daripada babi

0
81
Gambar hiasan.

JAKARTA – AstraZeneca menafikan kenyataan Majlis Ulama Indonesia yang mendakwa vaksin Covid-19 dihasilkan daripada bahagian dalaman babi. 

Jurucakap AstraZeneca Indonesia, Rizman Abudaeri berkata, semua proses penghasilan vaksin itu tidak menggunakan atau mempunyai kaitan dengan bahan yang berasal daripada babi mahupun produk haiwan lain. 

Majlis Ulama Indonesia pada Jumaat lalu menyatakan vaksin AstraZeneca mengandungi bahan haram kerana dihasilkan daripada pankreas babi. 

Bagaimanapun, majlis agama berkenaan tetap membenarkan penggunaan vaksin berkenaan atas dasar darurat dan pencegahan wabak. 

Setakat ini, agensi makanan dan ubat negara itu juga masih tidak memberi sebarang komen berhubung isu itu. 

Pihak berkuasa Indonesia pada Jumaat meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca dalam ‘kekecohan’ dakwaan vaksin berkenaan menyebabkan pembekuan darah dalam kalangan penerima vaksin itu di beberapa negara Eropah. 

Indonesia antara negara di Asia yang mempunyai kes tertinggi Covid-19 dengan 1,455,788 kes dan 39,447 kematian setakat semalam. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here