Ayam di Malakat Mall Masjid Tanah jadi rebutan

0
573
Ayam dijual pada harga RM10 sempena pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah hari ini

MASJID TANAH – Ayam seekor RM10 menjadi rebutan pelanggan pada hari pertama pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

Ayam yang diletakkan di bahagian makanan basah dan segar itu menjadi tumpuan pelanggan yang rata-rata membeli dua atau tiga ekor seorang.

Menurut seorang pelanggan, Salmiah Mat, 45, ayam yang dijual pada tawaran harga rata itu cukup murah selain ayam juga besar dan segar

Pelanggan memilih ayam segar yang ditawarkan hari ini

“Kualiti ayam yang dijual juga segar, jadi saya tidak melepaskan peluang untuk beli. Boleh buat stok lauk dirumah untuk beberapa hari selepas ini.

“Harga barangan lain saya tengok berpatutan, ada yang murah dan ada yang sama dengan tempat lain. Hari ni hari pertama mungkin banyak lagi barang belum masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malakat Tribune pada hari pertama pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

Selain ayam, pelbagai lagi promosi hebat diadakan di Malakat Mall Masjid Tanah termasuk di bahagian makanan dan minuman (F&B)

Majlis Pra Pelancaran Malakat Mall Masjid Tanah hari ini

Majlis pra pelancaran Malakat Mall Masjid Tanah hari ini disempurnakan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here