Banyak pelabur berminat tanam modal di Langkawi – Dr. Mahathir

0
70
Dr, Mahathir (tengah) ketika meninjau kemajuan kerja pembinaan menara pemandangan di Langkawi City. – twitter/chedetofficial

LANGKAWI – Banyak pelabur berminat untuk menanam modal di Langkawi walaupun negara masih bergelut dengan penularan wabak Covid-19.

Menurut bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, para pelabur tersebut masih optimistik dengan kemampuan pulau lagenda itu menarik kedatangan pelancong apabila situasi pandemik ini selesai.

“Banyak yang berminat untuk melabur di Langkawi walaupun waktu ini tiada pelancong, mereka mempunyai harapan besar untuk masa hadapan,” kata Dr.Mahathir kepada Bernama, hari ini.

Beliau menambah, antara yang perancangan para pelabur tersebut termasuk pembinaan hotel dan pusat membeli belah, namun belum dapat direalisasikan buat masa ini.

“Jadi, pihak berkuasa patutlah memberi pertimbangan yang cepat kepada mereka supaya apabila Langkawi ini sudah boleh terima ramai pelancong, kita telah bersedia,” kata beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here