Bas bawa kakitangan dan pegawai Kedutaan Korea Utara berangkat ke KLIA

0
276
Bas yang membawa kakitangan dan pegawai Kedutaan Korea Utara berangkat ke KLIA

KUALA LUMPUR – Bas yang membawa pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi untuk meninggalkan negara ini.

Difahamkan kesemua mereka dijadualkan menaiki penerbangan pada petang ini. terdahulu, kenderaan berkenaan tiba di bangunan kedutaan di  Jalan Batai, Bukit Damansara  kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Tinjauan di Kedutaan Korea Utara juga mendapati bendera Korea Utara sudah pun diturunkan, manakala papan tanda kedutaan ditanggalkan dari pintu masuk.

Laluan di hadapan kedutaan juga sudah ditutup dan dikawal ketat oleh Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia sejak pagi tadi.

Pada Jumaat lalu, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan negara.

Ia susulan keputusan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan Malaysia mengekstradisi seorang warganegaranya ke Amerika Syarikat.

Pada 3 Mac lalu, seorang rakyat negara itu yang dikenali sebagai Mun Chol Myong gagal dalam rayuannya di mahkamah Malaysia untuk mengelak diekstradisi ke AS atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here