Bliese perkenal 5 variant baharu yang bau lebih ‘menyengat’ tapi selamat

0
202
Bliese memperkenalkan lima varian baharu itu adalah cherry ellison, forest musk, tropical buffet, love page dan morning gates

SHAH ALAM – Syarikat pengeluar haruman tempatan, Bliese (M) Sdn Bhd melancarkan kempen Gerila Haruman Bliese bagi memperluaskan lagi rangkaian pemasaran produk haruman tersebut di seluruh negara.

Pengarah Urusannya, Suhaimi Saiful berkata, melalui kempen tersebut pihaknya akan memasarkan lima varian haruman baharu untuk diedarkan oleh ejen dan stokis di setiap tempat tumpuan ramai.

“Kempen pewangi serbaguna Bliese ini dilancarkan bagi memenuhi dan meluaskan pengaruh di pasaran tempatan.

“Selama lebih setahun produk ini berada dipasaran, ia telah mendapat sambutan yang sangat positif oleh rakyat Malaysia.

“Ini kerana pewangi serbaguna Bliese ini merupakan campuran bahan pati wangian tulen yang diadun bersama minyak aromaterapi dan ini adalah yang pertama di Malaysia,” katanya ketika ditemui ketika majlis pelancaran Gerila Haruman Bliese baru-baru ini.

Suhaimi Saiful

Menurut Suhaimi, lima varian baharu itu adalah cherry ellison, forest musk, tropical buffet, love page dan morning gates menjadikan keseluruhan ada 15 jenis wangian bagi produk terbabit dengan penutup kayu (wooden cap).

Lebih istimewa, katanya, pewangi serbaguna Bliese tidak terhad digunakan di dalam kereta malah boleh digunakan di almari baju, kasut, tandas, boot kereta, ruang tamu dan ruangan yang bersaiz kecil.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata, haruman yang dikeluarkan pihaknya juga selamat digunakan dan bebas daripada bahan diphenylmethanol (DPM) atau bahan kimia
yang mampu membuatkan pengguna terdedah kepada bahaya kanser atau implikasi lain.

Lima pilihan wangian baharu Bliese

Bagi memastikan produk haruman tersebut selamat digunakan, Suhaimi berkata, Bliese bekerjasama dengan kilang wangian dari Eropah dan mendapat kelulusan daripada Pertubuhan Haruman Antarabangsa (IFRA).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here