Bubar Parlimen selepas Covid-19 dapat diatasi

0
37
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen apabila Covid-19 dapat diatasi.

Muhyiddin berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan pilihan raya dapat diadakan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah negara.

Beliau berkata, tidak ada satu pun daripada Ordinan Darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya.

“Malah, darurat yang sedang dilaksanakan ini juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos depan. Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat mempunyai tempoh tamat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya hari ini.

Menurut Muhyiddin, buat masa ini, beliau meminta rakyat memberi ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengawal penularan wabak Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here