Covid-19 : 1,213 kes baharu, 3 kematian

0
63

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) terus merekodkan penurunan kes baharu Covid-19 dengan 1,213 kes dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan tiga jumlah kematian di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes Covid-19 sejak pertama kali dikesan tahun lalu kini meningkat kepada 328,466.

Beliau berkata, bagi kes kematian pula, jumlah terkumpul sehingga kini adalah 1,223.

“Kes harian hari ini melibatkan 1,207 jangkitan tempatan dan 6 kes import.

“Jangkitan baharu itu menjadikan kes aktif dalam negara ketika ini adalah sebanyak 14,782 kes.

“Manakala sebanyak 10 kluster ditamatkan hari ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah, 848,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, KKM merekodkan 1,503 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 312,461.

“Sebanyak 155 kes kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 daripadanya menerima bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 353 diikuti dengan Sarawak (303); Johor (142); Pulau Pinang (104); Kuala Lumpur (79); Sabah (73); Negeri Sembilan (23); Melaka (8); Kedah (38); Perak (39); Kelantan (20); Pahang (14); Perlis (0); Terengganu (15); Putrajaya (0) dan Labuan (2);

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here