Covid-19: 1,268 kes baharu hari ini

0
63

CYBERJAYA – Sebanyak 1,268 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada hari ini.

Menruut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 336,808 kes.

Pecahan kes bagi negeri menunjukkan, Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 490 kes, diikuti Sarawak dengan 141 kes, dan Johor dengan 135 kes.

Hanya negeri Perlis tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Sementara itu, sebanyak 1,083 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 320,925 kes.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 14,637 kes lagi diklasifikasikan sebagai masih dan mempunyai kebolehjangkitan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 161 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 73 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Jumlah angka kematian akibat pandemik itu turut naik kepada 1,246 kes apabila sebanyak 2 lagi laporan kematian diterima, melibatkan warganegara di Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here