Covid-19: 1,275 kes baharu, 1 kematian hari ini

0
81
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 1,275 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu, sebanyak 1,243 kes adalah akibat penularan tempatan manakala selebihnya adalah kes import.

Negeri Selangor mencatat bilangan kes positif tertinggi dengan 478 kes, diikuti Sarawak dengan 213 kes, dan Pulau Pinang dengan 137 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 339,443 kes.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 1,509 kes direkodkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih kepada 323,925 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 14,269 kes yang masih diklasifikasikan sebagai aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 161 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 70 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementarat itu, hanya 1 kes kematian direkodkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada 1,249 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here