Covid-19 : 7 kematian, 1,745 kes baharu

0
54

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,745 kes harian Covid-19 dengan 7 kematian di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lalu .

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan berbanding 1,555 kes pada semalam itu menjadikan jumlah kes kumulatif dalam negara ketika ini sebanyak 305,880 kes.

Beliau berkata, pengesanan kes baharu itu melibatkan 2 kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.

“7 kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Malaysia adalah 1,148,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, ia melibatkan 11 kluster baharu melibatkan 9 kluster tempat kerja, 1 kluster komunit dan 1 kluster berisiko tinggi.

“Sehingga hari ini, sebanyak 13 kluster ditamatkan melibatkan menjadikan jumlah kluster tamat adalah 676,” katanya.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 2,276 kes direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan kini 280,707 kes.

“Jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 195 termasuk 95 yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Sementara itu, sebanyak 16 kluster ditamatkan pada hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 640 diikuti dengan Perak (136); Johor (376); Sarawak (139); Sabah (95); Kuala Lumpur (92); Negeri Sembilan (24); Melaka (36); Pulau Pinang (90); Kedah (40); Kelantan (33); Pahang (36); Perlis (0); Terengganu (5); Putrajaya (3) dan Labuan (0);

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here