Covid-19: Angka kes pulih kembali melebihi kes baharu

0
84

CYBERJAYA – Angka kes sembuh kembali melebihi angka kes baharu Covid-19 pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, sebanyak 1,491 kes sembuh direkodkan di seluruh negara pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih daripada Covid-19 kepada 322,416 kes.

Bagi kes baharu pula, sebanyak 1,360 kes dilaporkan di seluruh negara, dengan negeri Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 356 kes, diikuti Sarawak dengan 308 kes, dan Johor dengan 129 kes.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 338,168 kes.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 14,504 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 157 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 72 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 2 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik ini kepada 1,248 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here