Covid-19: Jumlah kes sembuh terus melebihi kes baharu

0
53

CYBERJAYA – Jumlah kes aktif Covid-19 di dalam negara semakin menurun apabila jumlah kes sembuh berterusan melebihi laporan kes baharu pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 2,548 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 289,452 kes.

Bagi kes baharu pula, sebanyak 1,680 kes dilaporkan di seluruh negara, dengan 7 daripadanya adalah kes import.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 311,777 kes.

Secara keseluruhannya, pada ketika ini terdapat sebanyak 21,159 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu, sebanyak 172 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian, sebanyak 7 laporan kematian diterima di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat panemik ini meningkat kepada 1,166 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here