Covid-19: Kes harian 1,555 dengan 6 kematian

0
42

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 1,555 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan enam kematian di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kes kumulatif dalam negara ketika ini sebanyak 304,135 kes.

Beliau berkata, pengesanan kes baharu itu melibatkan 3 kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.

Ia melibatkan 7 kluster baharu melibatkan 6 kluster tempat kerja dan 1 kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Terdapat 6 kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan kematian akibat jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 1,141.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,”
katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 2,528 kes direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan kini 278,431 kes.

“Jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 204 termasuk 96 yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 672 diikuti dengan Perak (63); Johor (163); Sarawak (159); Sabah (53); Kuala Lumpur (145); Negeri Sembilan (115); Melaka (11); Pulau Pinang (106); Kedah (11); Kelantan (46); Pahang (3); Perlis (0); Terengganu (7); Putrajaya (1) dan Labuan (0).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here