Covid-19: Kes harian kembali meningkat kepada 4 angka

0
68

CYBERJAYA – Angka kes positif baharu Covid-19 kembali meningkat kepada empat angka hari ini selepas mencatatkan 941 kes, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 1,133 kes dilaporkan pada hari ini, dengan 1,125 daripadanya adalah kes penularan tempatan manakala selebihnya adalah kes import.

Selangor mencatat kes tertinggi dengan 401 kes, diikuti Pulau Pinang dengan 194 kes, dan Sarawak dengan 153 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang telah dilaporkan di dalam negara kepada 344,018 kes.

Sementara itu, bilangan angka kes sembuh mencatat sebanyak 1,148 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih kepada 328,554 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 14,199 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu, sebanyak 161 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 5 laporan kematian baharu diterima, masing-masing dua kes di WP Kuala Lumpur dan Sarawak, dan satu kes di Selangor, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat pandemik ini meningkat kepada 1,265 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here