Covid-19: Saintis mulakan ujian pemberian vaksin menerusi semburan hidung

0
275

LONDON – Para saintis dari Universiti Oxford sudah memulakan persediaan bagi menguji keberkesanan vaksin Covid-19 yang diberikan menerusi semburan hidung.

Menurut portal Sky News, buat masa ini, para pengkaji tersebut sedang mengumpulkan 30 sukarelawan yang berumur antara 18 hingga 40 tahun.

Vaksin yang akan digunakan dalam kajian ini adalah vaksin yang dihasilkan oleh universiti tersebut secara usahasama dengan firma farmaseutikal AstraZeneca.

“Cara ini (semburan hidung) bukannya baharu, kerana terdapat juga vaksin lain yang diberikan melalui cara ini.

“Antara kelebihannya adalah ia lebih praktikal,” kata Dr. Sandy Douglas yang mengetuai kajian tersebut.

Kajian ini akan turut mengumpulkan maklumat mengenai tahap imun penerima setelah diberi semburan vaksin, dan memantau keselamatan dan kewujudan sebarang kesan sampingan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here