Covid-19: Sekolah Henry Gurney kena ‘lockdown’

0
66
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Bermula Sabtu ini, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka berikutan penularan kes Covid-19

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 152 kes positif direkodkan membabitkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan di sekolah tersebut.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Sekolah Henry Gurney bermula 6 Mac sehingga 19 Mac 2021. 

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni yang terlibat serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga akan melaksanakan PKPD di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills, Bintulu, Sarawak bermula esok hingga 18 Mac ini.

Katanya, sehingga semalam, KKM telah melaksanakan 1,247 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 84 kes positif telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini. 

Pada masa sama, katanya, KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here