Covid-19: SK Taman Cempaka diarahkan ditutup

0
231
Gambar daripada Berita Harian yang menunjukkan ibu bapa berbaris untuk menjalani ujian saringan Covid-19

JOHOR BAHRU – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cempaka, Tampoi, di sini, diarah tutup sementara bermula semalam sehingga 25 Mac ini berikutan penularan wabak Covid-19 di sekolah berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu, berkata penutupan itu bagi proses sanitasi dan nyah cemar di sekolah berkenaan.

“Benar, hari ini warga sekolah termasuk murid menjalani ujian calitan.

“Sekolah berkenaan juga memenuhi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan untuk langkah pencegahan penularan wabak Covid-19,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Sejak semalam tular di media sosial, memo makluman kepada ibu bapa dan penjaga sekolah berkenaan arahan penutupan sementara sekolah itu berikutan wabak Covid-19.

Dalam memo makluman berkenaan antara lain menyatakan seorang kakitangan sekolah, seorang murid dan tiga guru sekolah berkenaan disahkan positif Covid-19, setakat kelmarin.

Sehubungan itu, murid beberapa kelas Tahun Dua, Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam akan menjalani ujian calitan.

Manakala ibu bapa dan penjaga akan dimaklumkan oleh guru kelas masing-masing tarikh dan masa untuk murid menjalani ujian berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here