DBKL dan Jabatan Imigresen serbu Plaza Low Yat

0
611
Sebanyak 16 warga asing ditahan dalam operasi DBKL dan Jabatan Imigresen di Plaza Low Yat semalam

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Imigresen melakukan serbuan terhadap peniaga warga asing di Plaza Low Yat semalam.

Dalam operasi itu, 16 warga asing dari Bangladesh, Pakistan dan India ditahan termasuk pengendali premis untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut oleh DBKL dan JIM.

DBKL dalam satu kenyataan di laman Facebokknya berkata, sebanyak 10 premis dikenal pasti menggunakan khidmat pekerja asing tanpa kebenaran sah.

DBKL menutup premis yang melanggar undang-undang

“indakan penutupan ke atas tiga premis dilaksanakan di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Selain itu, sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis kerana menggajikan pekerja tanpa kebenaran yang sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan Dan Tred 2016.

Peniaga warga asing yang ditahan di Plaza Low Yat semalam

“Turut dikeluarkan adalah tiga notis kompaun di bawah UUK 3(1), undang-undang yang sama kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen,”  katanya.

Menurut DBKL lagi, operasi bersepadu bersama agensi berkaitan itu juga akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Warga kota turut dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak DBKL secara dalam talian di ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here